Wednesday 30 November 2011

Latihan 4

Bina ayat berdasarkan gambar dan pola ayat yang diberi.


















1. Pola ayat: FN + FN

_________________________________________________________.


 










2. Pola ayat: FN + FK

________________________________________________________________________.










3. Pola ayat: FN + FA

_________________________________________________________________________.













4. Pola ayat: FA + FS

__________________________________________________________________________





































Latihan 3

Berikan pola ayat yang betul bagi ayat-ayat di bawah.

1. Abang mahadi seorang tentera.
   ( _____ + _____ )

2. Bunga cempaka itu sangat harum.
    ( _____ + _____ )

3. Perabot rumahnya dari Itali.
    ( _____ + _____ )

4. Anak kucing itu sedang asyik mengejar seekor tikus.
    ( _____ + _____ )

5. Sungai Pahang sungai terpanjang di Semenanjung Malaysia.
    ( _____ + _____ )

6. Sekumpulan murid sedang bermain di padang sekolah.
    ( _____ + _____ )

Latihan 2

Bina ayat berdasarkan pola ayat yang diberikan di bawah.


1. FN + FN
    ________________________________________________________________________.


2. FN + FK
    ________________________________________________________________________.


3. FN + FA
    ________________________________________________________________________.


4. FN + FS
    ________________________________________________________________________.
Subjek ialah bahagian ayat yang diterangkan manakala prediket ialah bahagian yang menerangkan subjek.


Latihan 1
Arahan: Nyatakan bahagian subjek dan prediket. Kamudian nyatakan pola-pola ayat tersebut.


1. Samsul guru Bahasa Melayu.
    Subjek: ___________________________________________________
    Predikat:__________________________________________________
    Pola ayat: _________________________________________________


2. Mereka membaca buku.
    Subjek: ___________________________________________________
    Predikat:__________________________________________________
    Pola ayat:_________________________________________________


3. Anak bongsu Puan Chong itu sangat comel.
    Subjek: __________________________________________________
    Predikat: _________________________________________________
    Pola ayat: ________________________________________________


4. Hadiah ini daripada abang.
    Subjek: __________________________________________________
    Predikat: _________________________________________________
    Pola ayat: ________________________________________________

Pola-pola ayat dasar

Bagi peringkat permulaan dalam proses belajar membina ayat, murid-murid bolehlah memulakan pembelajaran daripada peringkat asas iaitu bermula dengan ayat dasar.

Ayat dasar juga dikenali sebagai ayat mudah.

Terdapat 4 pola ayat dasar yang boleh murid-murid jadikan sebagai panduan iaitu:

Pola 1
Frasa nama + frasa nama iaitu subjek dan predikat ayat terdiri daripada frasa nama.
Contoh ayat:
1. Ibu kawan saya guru.
2. Beliau guru besar sekolah saya.
3. Pemuda yang tampan itu abang saya.
4. Jiran saya itu doktor di Hospital Segamat.
5. Ali kawan baik saya.

Pola 2
Frasa nama + frasa kerja iaitu subjek ayat terdiri daripada frasa nama dan predikatnya terdiri daripada frasa kerja.
Contoh ayat:
1. Cikgu Lee memanggil saya.
2. Mei Ling melambaikan tangan.
3. Kanak-kanak itu menaiki bas ke sekolah.
4. Burung-burung berkicau.
5. Ibu menggoreng ayam.

Pola 3
Frasa nama + frasa sendi iaitu subjek ayat terdiri daripada frasa nama dan predikatnya terdiri daripada frasa sendi.
Contoh ayat:
1. Mereka di padang sekolah.
2. Hadiah itu daripada Raju.
3. Lukisan tersebut oleh Amin.
4. Bas itu ke Kuala Lumpur.
5. Pakaian lama itu untuk didermakan.

Pola 4
Frasa nama + frasa adjektif iaitu subjek ayat terdiri daripada frasa nama dan predikat terdiri daripada frasa adjektif.
Contoh ayat:
1. Kereta ibu merah.
2. Rumah Ani besar.
3. Komputer itu amat mahal.
4. Abang tekun belajar.
5. Andy sangat pandai.